Rehla Complete Skincare Umrah Haji | Sah Ihram

KULIT KERING VS KULIT HIDRASI

Kulit kering dan hidrasi.Kredit Gambar: Jatim TIMES

Amat penting untuk kita sentiasa menjaga kesihatan kulit muka bagi membantu mengekalkan kulit yang cantik. Antaranya adalah dengan mengekalkan kelembapan kulit. Mengekalkan kelembapan kulit adalah amat penting kerana ia dapat memastikan kulit kita selamat dari break out dan sebagainya. Ini kerana kulit kita sentiasa terhidrasi dan ini akan membantu kita untuk mengelakkan dari terjadinya sebarang masalah kulit.

Walaubagaimanapun kita juga sering dengar akan masalah kulit kering yang sering dihadapi oleh sesiapa sahaja. Masalah kulit kering ini bukanlah asing bagi kita kerana ia telah wujud sejak dahulu lagi. Kulit kering akan menyebabkan kulit kita menjadi gatal, mengelupas dan macam-macam lagi. Malah, sesiapa yang menghidapi masalah kulit kering ini juga perlu berhati-hati dalam memilih skincare kerana jika tersilap pilih, ia akan memudaratkan kulit muka mereka bahkan ia juga boleh menjadi lebih teruk.

Tetapi, bagaimana boleh terjadinya kulit kering? Mesti soalan ini sering muncul dalam pemikiran kalian. Sebenarnya, ada beberapa faktor yang boleh menyebabkan kulit kita menjadi kering. Mungkin kita nampak faktor-faktor ini merupakan perkara yang agak remeh-temeh. Tetapi, perkara yang remeh-temeh inilah yang meninggalkan kesan buruk kepada kulit kita. Disebabkan itu kita haruslah mengambil berat akan semua faktor bagi menjaga kesihatan kulit muka kita sendiri. Sudah tentu kita tidak mahu masalah kulit muka yang teruk terjadi kepada kita. Jadi, langkah berjaga-jaga haruslah sentiasa dititikberatkan.

Punca kulit kering.Kredit Gambar: Rubiah Kadir

Antara punca yang menyebabkan kulit kering adalah disebabkan oleh cuaca dan persekitaran. Masalah kulit kering sering terjadi pada cuaca sejuk dan kelembapan yang kurang contohnya ketika cuaca sejuk. Namun, keadaan ini tidaklah memainkan peranan penting asalkan persekitaran tempat kita berada memiliki kelembapan yang rendah seperti dalam ruangan yang menggunakan pendingin hawa. Sebagai contoh, bagi yang menetap di oversea, mereka akan mengalami satu musim sejuk yang mana ia boleh menyebabkan kulit mereka menjadi kering. Jadi, mereka haruslah sentiasa memakai moisturiser supaya mereka dapat menjaga kelembapan kulit mereka. Moisturiser memainkan peranan yang sangat penting kerana ia dapat membantu kulit kita ‘lock’ kelembapan kulit itu sendiri. Ini adalah antara sebab moisturiser merupakan salah satu produk yang wajib dalam skincare routine.

Punca seterusnya adalah tabiat mandi dengan kerap. Mandi dengan kerap juga boleh mengakibatkan kulit kering terutamanya ketika mandi dengan menggunakan air panas. Ini kerana semasa kita mandi, minyak semulajadi yang dihasilkan oleh kulit akan terhakis. Sebenarnya, minyak semulajadi ini lah yang membantu mengekalkan kelembapan kulit kita. Jadi, bila ia terhakis, sudah tentu kelembapan kulit juga akan mulai hilang sedikit demi sedikit. Bukan itu sahaja, mandi di dalam kolam yang mempunyai kandungan klorin yang tinggi juga boleh menyebabkan minyak semula jadi terhakis dan kulit muka akan menjadi bertambah kering. Oleh itu, seseorang yang sememangkan mengalami kulit jenis kering, mereka tidak digalakkan mandi dengan kerap pada setiap hari. Ini bagi mengelakkan kulit mereka menjadi lebih kering dari kebiasaannya.

Selain itu, sabun atau mandian juga boleh menyebabkan kulit kering. Sabun atau mandian juga boleh menyingkirkan minyak semulajadi yang dihasikan oleh kulit kita. Hal ini akan menyebabkan minyak alami yang sepatutnya melindungi lapisan luar kulit akan turut terhakis dan menyebabkan kulit yang sedia ada kering akan menjadi lagi kering. Ya, sabun atau mandian sememangnya boleh menghilangkan kotoran dan sebagainya tetapi, jika digunakan secara kerap dan berlebihan, masalah kulit kering juga akan menjadi lebih teruk. Jadi, kita haruslah mengurangkan penggunaan mandian. Tidak salah untuk menggunakan mandian secara kerap dalam sehari tetapi haruslah mengurangkan jumlahnya. Ini kerana buih-buih yang terhasil itu adalah punca kulit kita menjadi lebih kering dari kebiasaannya.

Kulit kita berfungsi sebagai benteng penghalang terhadap toksin luaran, seperti bahan kimia dan patogen. Bukan itu sahaja, kulit kita juga bertanggungjawab mengatur suhu badan bagi mengekalkan suhu yang optimum. Kulit yang kering dan kekurangan kelembapan boleh membuatkan kulit terasa gatal-gatal dan mengelupas dan ini menyebabkan permukaan kulit kelihatan kasar apabila disentuh.KULIT HIDRASI

Kredit Gambar: Tribun Jateng

Tetapi, apa pula kulit hidrasi? Berbeza ke dengan kulit kering? Sudah tentu ia merupakan dua benda yang berbeza. Hidrasi kulit yang mencukupi akan membuatkan kulit kelihatan lebih licin, sihat dan lembut. Jadi, macam mana nak kekalkan kulit terhidrasi? Kita hanya perlu mengambil air yang cukup, tak kira sama ada bersumberkan minuman atau makanan. Tetapi, berhati-hati sekiranya anda merupakan penggemar kafein. Ini kerana minuman yang mengandungi kafein seperti kopi adalah bersifat diuretik. Apa kesan buruk diuretik ni kepada tubuh badan kita? Haa, diuretik lah yang boleh menyebabkan badan kehilangan air dengan lebih banyak. Kulit yang tidak cukup hidrat mempunyai risiko peningkatan kedutan wajah malah, proses penuaan kulit juga menjadi dengan lebih cepat.

Apakah yang boleh dilakukan untuk mengekalkan hidrasi kulit? Sebenarnya ada banyak cara yang boleh kita lakukan dalam rutin harian bagi mengekalkan kulit yang terhidrasi. Antaranya adalah perhatikan suhu air ketika mandi. Pancuran mandian air yang panas tidak baik untuk kesihatan kulit kita kerana ia boleh menyebabkan kulit menjadi kering. Tetapi jika dalam keadaan sejuk, kita boleh mandi dengan air suam untuk seketika kerana ia dapat membantu menyediakan pori-pori kulit untuk proses pembersihan.

Cara seterusnya adalah dengan dab muka menggunakan tangan dan jangan menggosok sehingga kering. Selesai sahaja mandi, perlahan-lahan lap kulit muka dengan menggunakan tuala yang bersih. Dengan mengeringkan kulit mengikut cara ini, ia dapat membantu mengekalkan lebih banyak kelembapan kulit selepas mandi. Elakkan juga menggosok kulit sehingga kering kerana ia boleh menyebabkan kulit menjadi semakin nipis. Perkara yang paling penting adalah, semasa memakai moisturiser. Dabkan moisturiser keseluruh kawasan muka dan jangan menggunakan kaedah menggosok sehingga kering. Ini kerana apabila kita meng-dab-kan moisturiser ke kulit muka, ia akan meresap ke dalam lapisan kulit muka dengan lebih cepat.

Perkara yang paling utama adalah pastikan kulit muka selalu dilindungi oleh sunblock ketika berada di dalam mahupun di luar rumah. Pemilihan sunblock yang bersesuaian dengan kulit dan aktiviti yang bakal dilakukan adalah sangat penting. Kulit yang terdedah kepada sinaran matahari tanpa sebarang perlindungan akan menyumbang kepada masalah kulit yang kering. Ini kerana sinaran UV terkena secara terus kepada kulit muka memandangkan lapisan luaran kulit tidak mempunyai sebarang perlindungan. Apa yang lebih teruk lagi adalah ia juga boleh menyebabkan berlakunya kanser kulit.

Kredit Gambar: BukaReview

Tetapi dalam rumah pun kena pakai sunblock ke? Jawapannya adalah ya! Ini kerana duduk di dalam rumah bukanlah alasan yang kulit kita tidak akan terdedah kepada sinaran UV. Ini kerana sinaran UV akan tetap terpancar ke dalam rumah melalui tingkap dan pintu rumah yang terbuka. Bukan itu sahaja, cahaya LED lampu, telefon dan laptop juga boleh meninggalkan kesan buruk kepada kulit muka sekiranya kita tidak memakai sunblock. Ini adalah sebab kita wajib memakai sunblock walaupun hanya duduk di dalam rumah.

Jadi, ketahuilah bahawa kulit kering dan kulit hidrasi merupakan dua benda yang sangat berbeza dan kedua-duanya boleh meninggalkan kesan kepada kulit muka kita. Masalah kulit kering boleh menjadi lagi teruk sekiranya kita tidak menggunakan produk yang sesuai. Pastikan semak terlebih dahulu kandungan bahan yang digunakan dalam sesuatu produk sebelum membelinya. Produk yang baik bukanlah produk yang mahal, tetapi produk yang boleh meninggalkan kesan yang baik kepada kulit kita walaupun mengambil masa yang lama. Bagi yang sedia ada mempunyai kulit wajah yang sihat dan glowing, pastikan kulit muka anda sentiasa terhidrasi bagi mengelakkan berlakunya masalah kulit kering.

No Comments

Post A Comment