Rehla Complete Skincare Umrah Haji | Sah Ihram

TIPS MENJAGA KELEMBAPAN KULIT

Menjaga kelembapan kulit wajah agar kulit kekal cantik. Credit gambar : womantalk

Menjaga kelembapan kulit adalah salah satu rahsia bagi mengekalkan kecantikan kulit. Dengan keadaan kulit yang terhidrasi dengan baik, wajah kita akan sentiasa kelihatan glowing dan awet muda. Namun, faktor cuaca yang tidak menentu pada masa kini menyebabkan kulit mengalami masalah seperti kering dan sebagainya. Bukan itu sahaja, kita juga sering terdedah dengan cahaya matahari apabila terlalu lama berada di luar rumah. Selain menyebabkan kulit kering, ia juga menyebabkan kulit kita terbakar dan akan adanya pigmentasi. Walaubagaimanapun, untuk menghindari masalah ini, ada beberapa tips yang boleh dilakukan bagi menjaga kelembapan kulit agar wajah kekal glowing dan awet muda.

Tips untuk menjaga kelembapan kulit agar wajah kekal glowing dan awet muda yang pertama adalah mendapatkan tidur yang cukup. Mendapatkan tidur yang cukup sememangnya dapat membantu kita untuk mengekalkan kecantikan kulit. Kita perlu tidur sekurang-kurangnya 8 jam sehari. Ini kerana semasa kita tidur, tubuh kita akan melakukan pembaikan pada jaring-jaring sel yang rosak, termasuk pada kulit wajah. Yela, kita sendiri tahu kalau kita selalu tidur lambat, kita akan mengalami masalah pada kulit. Sebagai contoh, akan berlakunya lingkaran hitam bawah mata, kulit menjadi kusam dan akan terjadinya garis-garis halus pada wajah. Sudah pasti kita tidak ingin perkara sebegini berlaku.

Tips untuk menjaga kelembapan kulit agar wajah kekal glowing dan awet muda yang kedua adalah minum air dengan cukup. Tidak mendapatkan air yang cukup adalah punca kulit menjadi kering kerana tubuh kita kekurangan cairan. Untuk mengekalkan kelembapan kulit, ‘make sure’ minum sebanyak 8 gelas air sehari tanpa skip. Mendapatkan air yang cukup dalam sehari dapat memstikan kulit kita terhidrasi dengan baik agar kekal mulus, kenyal dan sihat.

Tips untuk menjaga kelembapan kulit agar wajah kekal glowing dan awet muda yang ketiga adalah mencuci muka dengan menggunakan air biasa. Kita tahu ada sesetengah orang lebih gemar mencuci muka dengan menggunakan air suam. Tetapi, mereka tidak tahu bahawa ia juga dapat meninggalkan kesan buruk kepada kulit. Ia boleh menyebabkan kulit semakin kering dan kusam kerana air suam akan menghakis kelembapan kulit yang sedia ada.

Tips untuk menjaga kelembapan kulit agar wajah kekal glowing dan awet muda yang keempat adalah memilih produk ‘skincare’ yang tepat. Pendek kata, pilih ‘skincare’ yang sesuai dengan jenis kulit kita. Kelembapan kulit yang optimal juga ditentukan oleh pilihan produk yang sesuai dengan kulit wajah. Sebagai contoh, pemilihan produk penjagaan kulit yang hanya mengandungi kandungan bahan semula jadi adalah sangat baik. Ini kerana bahan semula jadi tidak mengandungi bahan kimia, alkohol dan wangian yang boleh merosakkan kelembapan kulit muka kita yang sedia ada. Salah satu produk yang tidak mengandungi kandungan alkohol adalah RehLa. Rehla adalah produk yang diformulasikan dari ekstrak nanas yang mana ia dapat membantu masalah kulit terutamanya kulit berjerawat. Bukan itu sahaja, di samping merawat wajah, produk RehLa juga dapat memberi kelembapan yang maksimum kepada kulit samada pada cuaca panas atau sejuk.

Set penjagaan kulit dan badan RehLa.

Bukan itu sahaja, untuk mengekalkan kelembapan kulit, kita haruslah sentiasa memakai moisturiser walaupun hanya duduk di rumah. Pastikan memilih dan menggunakan moisturiser yang sesuai dengan kulit bagi mengelakkan berlaku sebarang masalah yang tidak diingini. Pastikan juga periksa terlebih dahulu senarai bahan yang digunakan dalam penghasilan moisturiser tersebut. Menggunakan bahan yang terlarang seperti alkohol boleh menyebabkan kulit muka rosak dan masalah muka break out juga mudah berlaku.

Ini adalah antara tips yang boleh dilakukan untuk menjaga kelembapan kulit agar wajah kita kekal glowing dan awet muda. Kecantikan kulit dapat diperolehi dengan usaha kita sendiri, bukannya hanya menunggu dengan tidak melakaukan apa apa.

 

PUNCA KULIT KERING.

Penting untuk anda tahu punca berlakunya kulit kering.Kredit gambar : dermalene.com/SEO Manager

Ada beberapa punca yang boleh menyebabkan kulit muka kita kering dan sebagainya. Sudah pasti apabila ini terjadi, kita tidak akan selesa lebih-lebih lagi sehingga berlakunya kulit menggelupas. Tetapi, jangan merasa ‘give up’ sekiranya perkara ini berlaku. Kenal pasti terlebih dahulu apakah punca sehingga menyebabkan kulit kita kering. Apabila sudah tahu punca, ‘make sure’ cari solution untuk memulihkan semula kulit wajah.

Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan kulit kering. Antaranya adalah:Kurang minum air masak. Kita sendiri tahu bahawa kita perlu minum sekurang-kurangnya 8 gelas air masak sehari. Kekurangan air di dalam badan merupakan punca kulit kita kering kerana kulit kita tidak terhidrasi.

Cuaca dan persekitaran. Masalah kulit kering sering terjadi ketika cuaca sejuk dan mempunyai kurang kelembapan. Sebagai contoh, sering duduk di dalam bilik yang berpenghawa dingin dengan suhu yang rendah.

Tabiat mandi. Mandi dengan kerap juga boleh menyebabkan kulit seseorang kering terutamanya ketika mandi dengan menggunakan air panas. Ini kerana ketika mandi, minyak semulajadi yang terhasil oleh kulit akan terhakis.

Penggunaan detergen atau sabun keras. Sabun sememangnya berpotensi menyingkirkan kotoran pada badan termasuklah minyak semulajadi yang dihasilkan oleh kulit. Jai, ini menyebabkan minyak alami yang sepatutnya melindungi lapisan kulit luar terhakis dan keadaan inilah yang menyebabkan kulit menjadi kering.

Terdapat juga beberapa faktor yang menyebabkan seseorang terdedah untuk mengalami masalah kulit kering ini. Mungkin bagi kita faktor ini tidak logik, tetapi ya, ia boleh berlaku. Antara faktornya adalah:Faktor umur. Jika anda berumur 40 tahun dan ke atas, risiko untuk mengalami kulit kering sangat tinggi.

Faktor iklim. Seseorang yang tinggal di kawasan yang memiliki kelembapan rendah akan mudah untuk mengalami masalah kulit kering.

Faktor pekerjaan. Pekerjaan yang memerlukan seseorang untuk berada di dalam air dengan kerap seperti atlet renang akan mudah mengalami masalah kulit kering.

Sekiranya ada faktor, sudah tentu ada solusinya. Terdapat beberapa tips yang boleh dilakukan bagi mengelakkan berlakunya masalah kulit kering ini. Tetapi terlebih dahulu, mereka haruslah tahu punca yang menyebabkan berlakunya masalah ini agar rawatan yang sesuai dapat diberikan. Secara umumnya, beberapa cara boleh dilakukan iaitu perubahan dari segi gaya hidup bagi mengatasi masalah ini. Berikut adalah beberapa cara yang boleh diamalkan:    Elakkan daripada mandi dengan menggunakan air panas.

Sebaiknya kurangkan durasi mandi dan terdedah kepada air terlalu lama.

Elakkan mandi kolam renang yang tinggi tahap klorinnya.

Sila gunakan pelembap setelah mandi ataupun ketika berada di kawasan kering.

Gunakan humidifier di dalam rumah atau tempat tidur.

Minum air secukupnya bagi mengekalkan hidrasi yang optimum pada kulit.

Secara kesimpulannya, kita sendiri yang kena ubah gaya hidup kita untuk mendapatkan kulit yang diidamkan. Mengamalkan ‘skincare routine’ sahaja tidak mencukupi bagi mendapatkan kulit yang cantik, glowing dan berseri-seri. Ini kerana penjagaan dalaman badan juga memainkan peranan. Oleh itu, untuk mendapatkan kulit yang cantik dan mengelakkan diri dari mengalami kulit kering, kita kenalah tahu perkara yang patut kita lakukan dan patut kita hindari.

No Comments

Post A Comment