Rehla Complete Skincare Umrah Haji | Sah Ihram

RUTIN PENJAGAAN UNTUK KULIT KUSAM & KERING

Bila kulit hadapi masalah kering maka mulalah timbul masalah kulit kusam dan tidak licin. Bila ini berlaku maka kita akan pakai pelembap tetapi lain pula yang terjadi, kulit jadi berminyak. Kenapa ini berlaku? Ini berlaku kerana kita menjaga kulit wajah tanpa ada ilmu yang betul. Mari kita lihat rutin yang boleh diambil untuk menjaga kulit wajah yang kering.

1. Cuci Muka

Cuci muka sewaktu bangun dari tidur dan selepas pulang kerja. Gunakan pencuci kulit muka ber pH rendah, yang boleh menanggalkan kekotoran dan minyak berlebihan, yang dapat menghidrat kulit serta yang mampu menyegarkan kulit wajah. 

Elakkan menggunakan pencuci yang banyak berbuih kerana kesan buih boleh menyebabkan kulit kering dan menanggalkan pelindung semulajadi kulit. Juga pencuci yang memiliki haruman kerana bau harum itu dating dari bahan kimia yang sebenarnya boleh merosakkan kulit.

2. Gunakan Penyegar Wajah

Penggunaan penyegar wajah seperti nourishing oil bukan sahaja dapat menyegarkan kulit wajah malah boleh melembapkannya. 

3. Menggunakan Serum

Serum adalah bahagian terpenting sebagai rawatan kepada kulit wajah namun pilihlah serum yang mampu melembapkan kulit wajah.

4. Gunakan Pelembab

Penggunaan serum semata-mata tidak cukup untuk memastikan kulit wajah menjadi lembap, maka penggunaan pelembap amat-amat digalakkan. Jika tidak sempat untuk memakainya pada siang hari maka boleh juga dipakai pada waktu malam.

5. Pelindung UV

Ramai yang ambil mudah perkara ini iaitu tidak memberi perlindungan kepada kulit wajah terhadap sinaran UV dari matahari. UV dari sinar matahari juga merupakan salah satu punca masalah kulit kering. Sebaiknya dapatkan pelindung UV dengan perlindungan SPF50 untuk perlindungan maksima.

RAWATAN KULIT WAJAH MENGGUNAKAN PRODUK SKINCARE HALAL REHLA

Rehla merupakan produk penjagaan kulit halal yang berasaskan air, tidak memiliki bahan kimia yang berbahaya, tidak memiliki pewangi yang dapat merosakkan kulit dan memiliki sifat menghidrat, melembap, menyegar dan berkhasiat tinggi.

Memiliki khasiat tinggi dari bahan-bahan semulajadi seperti enzim nenas (bromelain), minyak argan, minyak kelapa dara dan minyak biji bunga matahari yang halal khusus untuk membantu mengatasi masalah kulit kering, kusam dan lain-lain masalah kulit.

Berikut adalah adalah barisan produk penjagaan kulit wajah dari Rehla :

Hydrating Facial Cleanser – Pencuci wajah yang bukan sahaja menanggalkan kekotoran, bakteria dan minyak berlebihan malah memiliki sifat ‘hydrating’ iaitu memastikan kulit cukup kandungan air padanya.

Hydrating & Nourishing Face Oil – Penyegar kulit yang memiliki pelbagai khasiat tinggi untuk kulit mampu membantu kulit untuk sentaiasa lembap dan nampak lebih menarik.

Hydra Essential Moisturiser – Pelembap kulit yang  bukan sahaja mampu melembapkan kulit secara semulajadi tetapi memastikan kandungan air pada kulit mencukupi bagi mengelak kekeringan dan  berkedut.

Hydra Intense Face Serum – Rawatan kulit wajah agar kulit nampak muda dan tegang kerana disamping memiliki sifat mudah serap ia juga memastikan kulit jadi tegang secara semulajadi kerana cukup kandungan air pada kulit.

Daily Skin UV Défense SPF50 – Pelindung kulit dari bahaya dedahan terhadap sinaran UV matahari yang boleh menyebabkan kulit gelap, kering dan mungkin jeragat. Pelindung kulit Rehla ini mengandungi bahan yang selamat untuk kulit, kuku dan rambut (Dermatologically Safe) dan tidak membunuh cengkerang laut (Reef safe)

Untuk lihat lebih lagi tentang produk rawatan dan penjagaan kulit Rehla boleh klik terus ke   https://www.rehlaglobal.com/

No Comments

Post A Comment