Rehla Complete Skincare Umrah Haji | Sah Ihram

RAWAT KULIT MENGGUNAKAN ‘BROMELAIN ENZYME’

‘Bromelain Enzyme’ adalah enzim yang diperolehi daripada buah nenas. Penggunaan enzim dalam produk penjagaan kulit jarang dihasilkan.

Fungsi enzim adalah sebagai pemangkin untuk mempercepatkan sesuatu proses. Melalui kaedah kosmetik enzim akan meresap masuk ke dalam kulit dan proses rawatan atau peremajaan kulit berlaku di bawah kulit dengan kehadiran enzim.

Bromelain yang dihasilkan daripada nenas adalah bertujuan sebagai pemangkin kepada proses pembinaan semula kulit untuk menggantikan sel kulit yang mati dengan yang baru menggunakan kaedah 3D Cell Screening.

Bromelain berupaya untuk meresap terus ke dalam lapisan kulit paling dalam yang dikenali sebagai ‘fibroblast’. Lapisan ini sel kulit tempat terhasilnya kolagen semulajadi. Kita tahu bahawa kolagen boleh membuatkan kulit jadi remaja dan tegang. Maka kehadiran Bromelain membantu mempercepatkan proses penghasilan kolagen di bawah kulit.

Sel kulit mati setiap hari dan perlu diganti dengan segera jika tidak maka kulit akan nampak kering dan berkedut juga kusam. Proses penggantian sel kulit (rejuvinasi) dapat dipercepatkan dengan kehadiran pemangkin Bromelain. Tompok hitam (pigmentasi) juga jeragat adalah berpunca dari sel kulit mati yang tidak diganti dengan baru.

Bromelain boleh membantu proses pencerahan kulit. Kulit jadi gelap disebabkan melanin. Melanin ini dihasilkan dari enzim tyrosinase akibat terkena pancaran sinar UVA. Bromelain pula mampu merencatkan penghasilan enzim tyrosinase. Maka proses ini dapat menghalang proses kulit menjadi gelap.

RAWATAN KULIT BADAN MENGGUNAKAN PRODUK SKINCARE HALAL REHLA

Rehla merupakan produk penjagaan kulit halal yang berasaskan air dan Bromelain merupakan bahan utama bagi produk-produknya. Ia tidak memiliki bahan kimia yang berbahaya seperti SLS, SLEs, Paraben dan sebagainya. Ia tidak memiliki bahan pewangi yang dapat merosakkan kulit, tidak memiliki bahan buih sabun yang mengeringkan kulit dan ia memiliki sifat menghidrat, melembap, menyegar dan menyihatkan kulit.

Selain dari Bromelain ia juga mengandungi bahan-bahan seperti minyak argan, minyak kelapa dara dan minyak biji bunga matahari yang halal khusus untuk membantu mengatasi masalah kulit kering, kusam dan lain-lain masalah kulit.

Produk rawatan dan penjagaan kulit Rehla yang mengandungi Bromelain adalah seperti:

1. Hydrating Facial Cleanser

Pencuci kulit wajah yang bukan sahaja mencuci malah memastikan kandungan air dalam kulit stabil agar kulit sentiasa lembap dan tegang.

2. Hydra Intense Face Serum

Serum rawatan kulit wajah yang membantu untuk menyelesaikan pelbagai masalah kulit wajah, membantu untuk menegangkan kulit kerana sifat ‘hydrating’ nya.

3. Hydra Essential Moisturiser

Pelembap yang bukan hanya melembap malah merawat serta memastikan kandungan air pada kulit stabil.

Bukan untuk kulit wajah sahaja malah produk-produk untuk penjagaan kulit badan juga menggunakan Bromelain seperti:

4. Nourishing hand & Body Lotion

Losyen tangan dan badan yang bukan sahaja melembap malah merawat dan memberikan pelbagai khasiat untuk kulit agar lebih sihat dan segar.

5. Deep Moisturising Balm

Ada kulit bermasalah seperti kering, kedut, merekah dan pecah-pecah? Guna produk ini sebab ianya sangat berkesan untuk mengatasi masalah-masalah tersebut.

Ada banyak lagi produk rawatan kulit wajah dan badan dari Rehla dan untuk lihat lebih lagi tentang produk rawatan dan penjagaan kulit Rehla boleh klik terus ke https://www.rehlaglobal.com.

No Comments

Post A Comment