Rehla Complete Skincare Umrah Haji | Sah Ihram

RAWAT KULIT KUSAM DENGAN BAHAN SEMULAJADI


Meningkat umur masuk 40 tahun dan kadangkala hujung-hujung 30’an maka kulit muka mula kelihatan kusam dan kurang bermaya.

Nak sedapkan hati maka kita pun kata “adatlah tu, dah cecah 40 tahun ni mestilah kulit jadi macam ni…”

Jadi sekarang saya nak kongsikan bagaimana untuk merawat kulit kusam secara tradisional menggunakan bahan-bahan yang mudah untuk diperolehi.

1. LEMON

Lemon kaya dengan Vitamin C yang membantu proses mencerahkan dan mencantikkan kulit. Membantu mengurangkan bitnik hitam dan kesan parut. Caranya, dengan menggunakan kapas celupkan kepada perahan jus lemon dan sapukan kepada kulit wajah. Lakukan setiap malam sebelum tidur. Biarkan jus tersebut meresap ke dalam kulit.

 
2. SUSU

Susu segar mengandungi bahan aktif AHA dan BHA yang berkeupayaan membantu mencerahkan kulit yang kusam dan berbintik hitam. Caranya basuh muka dengan susu atau gunakan masker yang diperbuat daripada susu dan lakukan secara rutin setiap hari.

3. MINUM AIR MASAK YANG CUKUP

Amalkan minum air masak secukupnya kerana ia dapat bantu proses menghidrat kulit supaya nampak tegang dan bersinar. Minum 8 gelas air setiap hari untuk menjaga kelembapan kulit wajah kita.
 
4. PISANG & MADU

Pisang mengandungi Vitamin B, B6, C, Magnesium, Kalsium, Fosfor dan Zat Besi. Begitu juga madu memiliki pelbagai vitamin untuk mencantikkan kulit wajah. Caranya campurkan buah pisang yang telah dilumat halus dengan madu. Sapukan pada kulit dan biarkan selama 15 minit atau sehingga kering dan bilas dengan air.

 
5.YOGURT

YOGURT mengandungi Lactic Acid. Ia membantu dalam pengelupasan sel kulit mati, melembapkan kulit dan melicinkan wajah. Caranya campurkan yogurt dengan madu dan sapukan terus kepada wajah, biarkan selama 15 minit dan bilas guna air.

6. ADA CARA YANG LEBIH MUDAH UNTUK RAWAT KULIT KUSAM IAITU MENGGUNAKAN PRODUK SKINCARE HALAL REHLA

Rehla merupakan produk penjagaan kulit halal yang berasaskan air, tidak memiliki bahan kimia yang berbahaya, tidak memiliki pewangi yang dapat merosakkan kulit dan memiliki sifat menghidrat, melembap, menyegar dan berkhasiat tinggi.

Memiliki khasiat tinggi dari bahan-bahan semulajadi seperti enzim nenas (bromelain), minyak argan, minyak kelapa dara dan minyak biji bunga matahari yang halal khusus untuk membantu mengatasi masalah kulit kering, kusam dan lain-lain masalah kulit.

Berikut adalah barisan produk penjagaan kulit wajah dari Rehla :

Hydrating Facial Cleanser – Pencuci wajah yang bukan sahaja menanggalkan kekotoran, bakteria dan minyak berlebihan malah memiliki sifat ‘hydrating’ iaitu memastikan kulit cukup kandungan air padanya.

Hydrating & Nourishing Face Oil – Penyegar kulit yang memiliki pelbagai khasiat tinggi untuk kulit mampu membantu kulit untuk sentiasa lembap dan nampak lebih menarik.

Hydra Essential Moisturiser – Pelembap kulit yang bukan sahaja mampu melembapkan kulit secara semulajadi tetapi memastikan kandungan air pada kulit mencukupi bagi mengelak kekeringan dan berkedut.

Hydra Intense Face Serum – Rawatan kulit wajah agar kulit nampak muda dan tegang kerana disamping memiliki sifat mudah serap ia juga memastikan kulit jadi tegang secara semulajadi kerana cukup kandungan air pada kulit.

Daily Skin UV Défense SPF50 – Pelindung kulit dari bahaya dedahan terhadap sinaran UV matahari yang boleh menyebabkan kulit gelap, kering dan mungkin jeragat. Pelindung kulit Rehla ini mengandungi bahan yang selamat untuk kulit, kuku dan rambut (Dermatologically Safe) dan tidak membunuh cengkerang laut (Reef safe)

Untuk lihat lebih lagi tentang produk rawatan dan penjagaan kulit Rehla boleh klik terus ke  https://www.rehlaglobal.com/

No Comments

Post A Comment