Edit Content
Rehla’s main goal is to provide comfort and companionship to tourists doing the Hajj and Umrah. Rehla is more than just a skincare product; it represents the balance between worship and beauty, as well as the pursuit of perfection in religious practice.Rehla is a great option for anyone looking for safe and halal skincare products because it offers a comprehensive solution that combines beauty, health, and spirituality in a single product.

LELAKI PUN ADA MASALAH KULIT KUSAM

Ingatkan perempuan sahaja yang risaukan masalah kulit kusam rupanya lelaki pun sama dan ramai juga lelaki yang menghadapi masalah ini. Memiliki kulit wajah yang bersih dan menarik merupakan sesuatu yang amat penting sekarang tidak kira perempuan mahupun lelaki.

Memang tabiat lelaki tidak tahu menjaga kulit wajah. Mereka fikir cukup sekadar membasuh muka. Ada yang lebih teruk mencuci muka menggunakan sabun mandi.

Tahukah anda terdapat petua untuk penjagaan kulit wajah lelaki?

Mari saya kongsikan…

Petua #1 – Rajin Cuci Muka

Cuci muka dengan pencuci yang bukan sahaja membersihkan wajah tetapi boleh melembapkan kulit wajah. Cuci muka sekurang-kurangnya dua kali sehari. Selepas bangun tidur dan sebelum masuk tidur. Gunakanlah pencuci wajah yang berasaskan air, tiada bahan kimia yang berbahaya, yang tiada bahan pewangi yang boleh merosakkan kulit dan yang memiliki khasiat yang tinggi untuk kesihatan kulit wajah.

Petua #2 – Tumpu Di Kawasan Mata

Salah satu bahagian yang boleh menampakkan wajah kusam dan tidak bermaya adalah kawasan mata. Sekiranya anda mengalami dihidrasi, letih atau kurang tidur, kawasan di sekitar mata biasanya akan membentuk lingkaran gelap. Ada juga yang memanggilnya ‘Mata Panda’. Di sini penggunaan serum boleh bantu menghilangkan ‘Mata Panda’. Dan mencerahkan bahagian gelap pada keliling mata. Gunakan serum yang memiliki khasiat tinggi yang mudah diserap kulit serta memiliki sifat ‘hydrating’ bagi memastikan kandungan air pada kulit stabil agar kulit lebih tegang dan sihat.

Petua #3 – Cukur Muka Dengan Baik

Ramai lelaki tidak sedar mencuku muka dengan cara yang salah boleh merosakkan dan menjadikan kulkit namopak kusam. Penggunaan pisau cukur yang kurang tajam dan permukaan kulit yang tidak licin boleh menyebabkan berlaku kerengsaan dan luka di kawasan muka. Ini boleh menjadi faktor kulit kusam. Jika tiada krim pencukur maka boleh juga gunakan pencuci muka yang bersesuaian, yang mampu melembap dan menyegarkan kulit yang dicukur dan mengelak dari berlakukanya kerengsaan kulit wajah.

Petua #4 – Kurangkan Tekanan

Apabila menghadapi tekanan pengeluaran hormon kortisol akan meningkat di dalam badan. Keadaan ini dapat menjadikan aliran darah di kulit menjadi lebih perlahan. Kesannya, kulit juga akan mengalami pelbagai masalah. Bermula dari timbulnya jerawat, kulit menjadi kering dan kusam. Seorang lelaki perlu belajar bagaimana untuk menghadapi tekanan dan lakukan aktiviti yang boleh mengurangkan tekanan.

Petua #5 – Gaya Hidup & Makan Yang Sihat

Perbanyakkan makan buah dan minum air masak. Elakkan mengambil makanan yang berminyak. Lakukan senaman setiap hari dan pastikan membuang air besar setiap hari.

PRODUK RAWATAN DAN PENJAGAAN KULIT HALAL REHLA MEMBANTU MERAWAT KULIT WAJAH LELAKI YANG KUSAM

Rehla merupakan produk penjagaan kulit halal yang berasaskan air, tidak memiliki bahan kimia yang berbahaya, tidak memiliki pewangi yang dapat merosakkan kulit dan memiliki sifat menghidrat, melembap, menyegar dan berkhasiat tinggi.

Memiliki khasiat tinggi dari bahan-bahan semulajadi seperti enzim nenas (bromelain), minyak argan, minyak kelapa dara dan minyak biji bunga matahari yang halal khusus untuk membantu mengatasi masalah kulit kering, kusam dan meremajakan kulit wajah.

Gunakan Hydrating Facial Cleanser untuk mencuci wajah. Pencuci ini bukan sahaja mampu menanggalkan kekotoran, bakteria dan minyak berlebihan malah memiliki sifat ‘hydrating’nya memastikan kulit memiliki cukup kandungan air agar kulit sentiasa tegang dan tidak berkedut.

Gunakan Hydra Intense Face Serum bagi merawat kulit wajah agar kulit nampak muda dan tegang kerana disamping memiliki sifat mudah diserap ke dalam kulit ia juga memastikan kulit jadi tegang secara semulajadi. Gunakan pada bahagian keliling mata agar kedutan hilang dan menghalang dari terbentuknya ‘mata panda’.

Untuk lihat lebih lagi tentang produk rawatan dan penjagaan kulit Rehla serta barisan produknya boleh klik terus ke  https://www.rehlaglobal.com/

No Comments

Post A Comment