Edit Content
Rehla’s main goal is to provide comfort and companionship to tourists doing the Hajj and Umrah. Rehla is more than just a skincare product; it represents the balance between worship and beauty, as well as the pursuit of perfection in religious practice.Rehla is a great option for anyone looking for safe and halal skincare products because it offers a comprehensive solution that combines beauty, health, and spirituality in a single product.

JENIS VITAMIN UNTUK MASALAH KULIT KUSAM & KERING

Tidak kisah perempuan mahupun lelaki kini amat mementingkan kecantikan kulit wajah. Untuk memiliki kulit yang cantik, yang tidak kering dan kusam maka kita perlu memiliki tahap kesihatan yang baik. Baik kesihatan kita maka baiklah kulit kita. 

Salah satu cara untuk memiliki kesihatan badan dan kulit wajah adalah dengan memastikan kita mengambil vitamin yang mencukupi. Mari kita lihat apakah vitamin-vitamin yang boleh kita ambil untuk memiliki kulit wajah yang cantik berseri.


VITAMIN D

Cara mudah dan percuma untuk dapatkan vitamin D adalah melalui cahaya matahari pagi dengan mendedahkan kulit kepada lebih kurang selama 10 minit. 

Waktunya dari terbit matahari sehingga lebih kurang jam 10.30 pagi. Kolesterol akan ditukarkan kepada vitamin D apabila ianya berlaku. Vitamin akan diangkut ke dalam hati dan buah pinggang dimana ianya akan membantu dalam penghasilan kulit dan sel yang sihat.

VITAMIN C

 Vitamin C amat penting untuk menjadikan kulit lebih sihat dan cantik berseri. Vitamin C memiliki fungsi anti-oxidan yang mampu melawan proses penuaan dan kanser. Ia juga berfungsi untuk membantu menghasilkan kolagen yang mampu menegangkan kulit. 

VITAMIN E

Vitamin E adalah satu mikronutrien yang mempunyai fungsi anti-oksidan yang boleh melawan radikal bebas dan ianya berfungsi sama seperti vitamin C. Ia memberi perlindungan kepada kulit daripada sinar cahaya UV matahari. Pengambilan Vitamin E yang mencukupi mampu mengelakkan daripada mendapat tompok hitam dan kedutan penuaan.

Vitamin E boleh terhasil daripada sebum iaitu bahan minyak yang terhasil daripada liang pori permukaan kulit. Ini mampu mengatasi masalah kekeringan kulit. Ia juga membantu mengatasi masalah keradangan kulit. 

Sumber-sumber semulajadi terbaik Vitamin E adalah dari kekacang seperti kacang almond, kacang hazel dan kuaci. 

VITAMIN K

Vitamin K juga amat penting untuk kulit yang sihat dan berseri. Mampu membantu menghilangkan stretch marks, tompok-tompok hitam, dan juga kesan hitam pada bawah mata. 

Vitamin K terdapat pada sayur-sayuran lain seperti sayur bayam, sayur salad, sayur kobis dan kacang hijau namun begitu menurut kajian keberkesanan Vitamin K kurang berbanding dengan vitamin E dan C.

PRODUK RAWATAN DAN PENJAGAAN KULIT HALAL REHLA MEMILIKI KHASIAT-KHASIAT TINGGI UNTUK KULIT MEMBANTU MERAWAT KUSAM

Rehla merupakan produk penjagaan kulit halal yang berasaskan air, sangat selamat kerana tidak memiliki bahan kimia yang berbahaya, tidak memiliki pewangi yang dapat merosakkan kulit dan memiliki sifat menghidrat, melembap, menyegar dan berkhasiat tinggi untuk kulit.

Memiliki khasiat tinggi dari bahan-bahan semulajadi seperti enzim nenas (bromelain), minyak argan, minyak kelapa dara dan minyak biji bunga matahari yang halal khusus untuk membantu mengatasi masalah kulit kering, kusam dan meremajakan kulit wajah.

Enzim Bromelain juga kaya dengan Vitamin C. Minyak kelapa yang terkandung di dalam produk Rehla kaya dengan Vitamin E. 

Untuk mendapatkan Vitamin D melalui sinaran matahari maka pakailah terlebih dahulu pelindung sinaran UV dari Rehla agar kulit tidak terbakar akibat terdedah kepada sinar UV. Pelindung SPF50 yang yang Terdapat dalam produk pelindung kulit Rehla tidak memiliki bahan kimia yang membahayakan kulit. 

Jika anda ada masalah kulit kusam dan perlu dirawat dengan segera bolehlah dapatkan produk-produk dari Rehla yang sememangnya HALAL dan SELAMAT untuk digunakan.

Untuk lihat lebih lagi tentang produk rawatan dan penjagaan kulit Rehla serta barisan produknya boleh klik terus ke  https://www.rehlaglobal.com/

No Comments

Post A Comment