Edit Content
Rehla’s main goal is to provide comfort and companionship to tourists doing the Hajj and Umrah. Rehla is more than just a skincare product; it represents the balance between worship and beauty, as well as the pursuit of perfection in religious practice.Rehla is a great option for anyone looking for safe and halal skincare products because it offers a comprehensive solution that combines beauty, health, and spirituality in a single product.

ASYIK KULIT WAJAH AJE..LUPA JAGA KULIT BADAN?

Ramai orang terlalu fokus kepada kulit wajah sehingga dia lupa bahawa kulit badan juga penting untuk dijaga. Penjagaan kulit badan bukan sekadar untuk mencantikkan malah yang lebih penting sebagai pertahanan pertama terhadap penyakit. Mari lihat bagaimana kita boleh kulit badan kita.

1. Leher dan dada

Pada bahagian leher dinasihatkan untuk menggunakan produk untuk kulit muka. Kita jarang merawat leher dan hanya fokus pada wajah sahaja akhirnya kulit pada leher nampak berbeza dengan kulit wajah. Berbanding dengan kulit wajah kulit leher cepat nampak berkedut jadi jagalah juga kulit leher anda sepertimana anda menjaga kulit wajah anda. 

2. Tangan

Bagi wanita yang 40 tahun ke atas bahagian ketara yang sangat mudah dilihat penuaannya adalah pada bahagian tangan. Kulit wajah tegang tetapi kulit tangan nampak mengendur. Seperti penjagaan kulit terdapat penjagaan kulit tangan dan badan yang boleh anda gunakan seperti pelembap, penyegar dan serum. Satu yang penting adalah pelindung dan gunakan pelindung yang tinggi SPFnya.

3. Siku

Bahagian siku mudah untuk mengering dan berkedut. Dan bahagian itu juga mudah nampak gelap. Penggunaan pelembap pada bahagian siku juga amat penting untuk dilakukan dan seperti kulit tangan perlu diberi perlindungan dari sinar UV dengan pelindung yang tinggi SPFnya.

4. Kaki

Kaki adalah bahagian badan yang selalu terabai. Kita jarang ambil peduli. Terutama tapak kaki yang pecah. Kita tidak ambil peduli. Permukaan kulit kaki juga tidak hiraukan berkedut atau tidak. Bersih atau tidak. Kaki juga perlu dijaga, dicuci dan disapu pelembap yang bersifat ‘hydrating’ agar sentiasa lembap dan tegang. Seperti tangan diberi pelindung dengan perlindungan yang tinggi SPFnya.

RAWATAN KULIT BADAN MENGGUNAKAN PRODUK SKINCARE HALAL REHLA

Rehla merupakan produk penjagaan kulit halal yang berasaskan air, tidak memiliki bahan kimia yang berbahaya, tidak memiliki pewangi yang dapat merosakkan kulit dan memiliki sifat menghidrat, melembap, menyegar dan berkhasiat tinggi.

Memiliki khasiat tinggi dari bahan-bahan semulajadi seperti enzim nenas (bromelain), minyak argan, minyak kelapa dara dan minyak biji bunga matahari yang halal khusus untuk membantu mengatasi masalah kulit kering, kusam dan lain-lain masalah kulit.

Untuk atasi masalah kulit badan yang kering, berkedut serta tapak kaki yang merekah dan pecah-pecah maka berikut saya ingin kongsikan barisan produk penjagaan kulit badan dari Rehla yang boleh membantu:

1. Ultra-Nourishing Shower Oil

Pembersihan dan rawatan kulit satu badan.  Kelebihannya adalah selamat. Tindakan membersih kulit bukan dari buih sabun yang mengeringkan kulit, tetapi dari kandungan khasiat minyak kelapa yang bukan sahaja membersih malah melembapkan kulit. Bukan itu sahaja khasiat bahan-bahan seperti Minyak Biji Bunga Matahari yang melembap, melindungi dan membantu pertumbuhan sel kulit baru. Minyak argan yang melembap dan menyihatkan kulit serta minyak babassu yang bertindak sebagai agen anti kulat dan anti bakteria.

2. Nourishing Hand & Body Lotion

Selalunya kita akan gunakan hand & body lotion untuk melembapkan kulit namun Nourishing Hand & Body Lotion ini lebih dari itu. Kehadiran Bromelain sebagai anti-oksida dan anti-radang membantu mengurangkan keradangan kulit dan membantu menyembuhkan kulit yang ada masalah. Mengandungi kandungan Vitamin E yang tinggi dapat membantu melindungi kulit dari kerosakan dan membantu menganjalkan kulit. Ia juga mengandungi Sodium Hyaluronate membantu menghidrat kulit dan mengekalkan kelembapan kulit.

Jadi anda boleh gunakan produk ini pada leher, dada, tangan, siku dan juga kaki. Malah anda boleh gunakan di mana sahaja bahagian kulit badan anda.

3. Deep moisturising Balm

Jika anda mengalami masalah kulit di tempat-tempat tertentu seperti di tangan, siku yang berkedut, kaki kulit yang merekah serta kulit yang beruam dan merah-merah maka anda boleh gunakan produk ini untuk bantu anda atasi masalah tersebut. 

Produk ini sangat berkesan atasi kulit bermasalah kerana ia mengandungi Bromelain, minyak biji bunga matahari dan lemak koko. Kulit boleh kembali sihat, tegang dan licin. 

Bukan itu sahaja malah untuk penjagaan badan Rehla ada :

Moisturising Shampoo – Untuk menyihat dan melembapkan rambut dan,

Moisturising lip Balm – Untuk atasi masalah bibir kering dan mengelupas.

Untuk lihat lebih lagi tentang produk rawatan dan penjagaan kulit Rehla boleh klik terus ke  https://www.rehlaglobal.com/

No Comments

Post A Comment