12 Apr APA PERLU DIBAWA UNTUK CUTI KE KAWASAN PULAU?
Dapat ‘travel’ dan bercuti di kawasan pulau memang best. Pemandangan indah, berpeluang untuk snorkling atau menyelam, lepak-lepas tepi pantai dengan suasana yang aman dan damai. Namun perlu ingat kawasan pulau ni tak sama macam pergi bercuti ke kawasan tanah besar. Ini kerana rupa bentuk buminya, sistem kenderaan dan pengangkutan untuk pergi balik dan cuacanya juga yang agak panas. Jadi mari kita lihat apa yang perlu kita persiapkan untuk percutian kita ke pulau.
1. Bagpack
Pemilihan beg sangat penting. Usah guna bagasi beroda kerana bagasi beroda akan menyusahkan pergerakan anda duntuk pergi balik pulau. Gunakan ‘BAGPACK’ iaitu beg sandang belakang dan sangat membantu pergerakan kita.
2. Kasut getah/ slipers/flipflop/crocs
Usahlah nak berangan pakai kasut kulit atau sneaker. Bagi wanita lupakan dulu highheels atau wedges. Keliling pulau adalah air jadi lebih sesuai memakai selipar atau kasut khas untuk aktiviti air. Pakai dari rumah terus.
3. Makanan Ringan
Makanan ringan di Kawasan pulau ni agak sedikit mahal. Jadi yang gemar makan makanan ringan tu oleh lah bawa dari rumah ya. Mungkin boleh bawa maggie, milo 3 in 1, roti dengan tuna, coklat bar, air mineral, gula-gula berangin untuk bantu Ketika mabuk dan sewaktu dengannya.
4. ‘Toiletries’ / Penjagaan diri
Tidak semua penginapan / chalet menyediakan peralatan penjagaan diri. Maka perlu juga kita sediakan barang-barang dan berkira-kira barangan apa yang patut dibawa. Contohnya:
a. Tuala
b. Berus Gigi
c. Ubat Gigi
d. Sabun Mandi
e. Shampoo
f. Conditioner
Pastikan bawa yang perlu sahaja jika tidak takut terlebih berat pula yang anda perlu bawa.
5. Tudung (ibu/anak)
Sekurang-kurangnya 3 helai untuk setiap ibu dan anak.
a. 1 helai utk aktiviti malam,
b. 1 helai untuk balik ,
c. 1 helai untuk aktiviti air (digalakkan untuk recycle
Lepas pakai , sidai dan keringkan. Esok nya pula kalau nak main air pakai semula.
6. Pakaian
i. Lelaki
Boardshort/seluar & Tshirt / shirt pendek 3 helai
a. 1x pakai untuk mandi laut – lepas mandi terus bilas dan jemur
b. 1x helai untuk pergi dan balik pulau
c. 1x untuk pakai waktu makan malam
ii. Wanita
Track bottom atau muslimah swimming suit. Sama seperti lelaki tetapi mengikut kesusuaian pemakaian anda. Jika nak menikmati makan malam yang romatik bolehlah bawa sepasang dress. Sesuai untuk bawa seluar khakis.
7. Penjagaan Kulit dan Sunblock
Pembersih, pelembap, penyegar serta sunblock. Lakukan rutin jaga kulit pada malam hari sebelum tidur. Gunakan pelindung kulit SPF50 dan dinasihatkan jangan guna ‘sunblock’ yang mengandungi bahan-bahan berbahaya kepada terumbu karang laut seperti oxybenzone dan octinoxate jika anda pergi ‘snorkling’ atau menyelam. Bahan-baban bahaya ini boleh membunuh terumbu karang. Pilih penjagaan kulit yang memiliki sifat ‘hydrating’bagi memastikan kandungan air pada kulit stabil.
8. Air Mineral
Bawalah air mineral beberapa botol kecil sebagai membasah tekak. Ini kerana di laut susah nak dapat air masak.
9. Beg kalis air
Jika nak snorkeling cari beg kalis air. Jika bawa handphone cari beg kalis air khas untuk handphone.
RAWAT DAN JAGA KULIT WAJAH DI KAWSAN KEPULAUAN MENGGUNAKAN PRODUK SKINCARE YANG SELAMAT DAN HALAL DARI REHLA
1. Hydrating Facial Cleanser
Pencuci wajah yang bukan sahaja menanggalkan kekotoran, bakteria dan minyak berlebihan malah memiliki sifat ‘hydrating’ iaitu memastikan kulit cukup kandungan air padanya.
2. Hydrating & Nourishing Face Oil
Penyegar kulit yang memiliki pelbagai khasiat tinggi untuk kulit mampu membantu kulit untuk sentiasa lembap dan nampak lebih menarik.
3. Hydra Essential Moisturiser
Pelembap kulit yang bukan sahaja mampu melembapkan kulit secara semulajadi tetapi memastikan kandungan air pada kulit mencukupi bagi mengelak kekeringan dan berkedut.
4. Hydra Intense Face Serum
Rawatan kulit wajah agar kulit nampak muda dan tegang kerana disamping memiliki sifat mudah serap ia juga memastikan kulit jadi tegang secara semulajadi kerana cukup kandungan air pada kulit.
5. Daily Skin UV Défense SPF50
Pelindung kulit dari bahaya dedahan terhadap sinaran UV matahari yang boleh menyebabkan kulit gelap, kering dan mungkin jeragat. Pelindung kulit Rehla ini mengandungi bahan yang selamat untuk kulit, kuku dan rambut (Dermatologically Safe) dan tidak membunuh cengkerang laut (Reef safe)
Untuk lihat lebih lagi tentang produk rawatan dan penjagaan kulit Rehla boleh klik terus ke https://www.rehlaglobal.com.
No Comments