Rehla Complete Skincare Umrah Haji | Sah Ihram

TIP MUDAH UNTUK MENJAGA KULIT BADAN

Kulit adalah pertahanan pertama badan dari serangan penyakit atau kuman. Penting untuk kita menjaga dan merawat kulit untuk menjadi pertahanan yang kuat maka kulit kena sihat dan kuat.

Untuk itu penjagaan kulit tubuh badan perlu dilakukan setiap hari kerana kita berdepan dengan kuman dan penyakit hamper setiap hari.

Kulit perlu sihat bukan sahaja sebagai pertahanan diri malah kulit yang sihat akan nampak cantik bila mata memandang. Kulit bersih, tegang, mulus dan cerah. Mari kita lihat apa yang perlu anda lakukan agar dapat menjaga kesihatan dan kecantikan kulit badan menggunakan produk penjagaan kulit dan rawatan Rehla….

1. Mandi

Pertama sekali kita mesti ingat kulit perlu dibersihkan. Maka mandilah jawabnya. Selepas berpeluh, selepas terkena debu dan kotoran, selepas bersesak di tempat awam yang mungkin membawa penyakit. 

Mandi dan cuci badan menggunakan pembersih badan yang bukan sahaja membersih malah mampu untuk melembapkan kulit. Produk dari Rehla Ultra-Nourishing Showering Oil merupakan satu pilihan produk mandian bagi mereka yang sangat mementingkan penjagaan kulit badan secara selamat.

Ini kerana ianya tidak mengandungi buih yang hanya mengering dan menanggalkan lapisan pelindung kulit tetapi kandungan khasiat minyak kelapa, minyak biji bunga matahari dan minyak argan yang bukan sahaja membersih dan mematikan bakteria malah melembap dan melindungi kulit dari serangan kuman dan bakteria.

2. Menggunakan produk pelembap & losyen

Jangan lupa untuk menggunakan losyen tangan dan badan setiap malam. Nourishing Hand & Body Lotion dari Rehla bukan sahaja boleh bantu untuk melembapkan kulit malah mengandungi pelbagai khasiat agar kulit sentiasa sihat dan dilindungi dari serangan penyakit.

3. Gunakan Deep Moisturizing Balm 

Jika ada masalah kulit seperti kulit berkedut, kering, mengelupas, merekah dan pecah-pecah terutamanya pada bahagian tapak kaki maka gunakan produk ini. Tapak kaki mudah pecah akibat dari tekanan berat badan dan selalu bersentuh dengan simen. Maka mahu tak mahu perlu dirawat setiap hari. Deep moisturising Balm sangat-sangat membantu kerana ia boleh meresap jauh ke dalam kulit.

4. Gunakan Pelindung Kulit Yang Tinggi SPFnya

Jangan fokus muka sahaja, malah badan juga perlu anda lindungi menggunakan pelindung yang tinggi SPFnya. Pelindung dengan SPF 50 dan harus terdapat fungsi ‘hydrating’ bagi mengekalkan kandungan air dalam kulit. SPF50 tersebut pastikan yang tidak mempunyai bahan-bahan bahaya seperti oxybenzone, octinoxate, SLS, SLEs dan Paraben. Maka Rehla mengeluarkan Skin UV Défense SPF50 bagi membantu melindungi dan menyihatkan kulit.

5. Jangan lupa jaga dalaman juga.

Disamping menggunakan produk rawatan dan penjagaan kulit Rehla anda juga perlu menjada dan merawat dalaman.

 

Ambil pemakanan yang kurang berminyak, bergula dan bergaram. Banyakkan minum air masak, makan buah-buahan, buah-buahan antioksida, makanan berserat dan makanan yang memiliki vitamin C.

Tidur kena cukup dan tidur tepat pada waktunya. Jam 10 malam sudah kena tidur kerana dari jam 11 hingga ke atas akan berlaku satu proses nyahtoksin dalam badan. Syaratnya mesti tidur dan jika tidak tidur, proses nyahtoksin ini tidak akan berlaku.

Elak tidur lewat, merokok, makan lewat malam, makan minum gula berlebihan dan makan makanan yang masin merupakan antara amalan buruk yang perlu anda hentikan.

No Comments

Post A Comment