18 Mar BAGAIMANA MENGATASI MASALAH KULIT BADAN KERING?
Bila kulit badan jadi kering maka timbul kedut-kedut padanya. Bila terlalu kering maka mulalah rasa gatal-gatal dan mengelupas dan yang pasti memang nampak tak cantik kulit Itu. Mari kita lihat kenapa kulit kitab oleh kering dan berkedut.
1. Usia
Meningkat usia bermakna kulit semakin nipis dan kering. Kualiti sel merosot dan perubahan hormon. Jadi bila ini berlaku maka kita perlu jaga pemakanan, sentiasa gunakan pelembap kulit dan pilih pelembap yang boleh mengekalkan kandungan air pada kulit. Gunakan losyen tangan dan badan agar kulit jadi lembut semula.
2. Cuaca / Iklim
Di Malaysia cuacanya panas dan lembap. Hampir separuh masa kita berada di dalam sejuk penyaman udara. Udara dari penyaman udara ini kering dan boleh mengeringkan kulit. Atas sebab itulah perlu untuk kita menggunakan pelembap yang ‘hydrating’ yang bukan sahaja boleh melembap kulit malah boleh memastikan terdapat kandungan air pada kulit. Cuaca panas dan sinaran UV yang tinggi dari sinaran matahari juga boleh menyebabkan kulit kering. Bukan sekadar kering tapi bila kulit terdedah kepada sinaran matahari yang panas secara terus boleh menyebabkan kulit terbakar. Maka kulit perlu menggunakan pelindung. Pelindung yang memiliki SPF yang tinggi seperti SPF50 namun ia perlu selamat dan tidak memiliki bahan-bahan yang boleh membahayakan kulit.
3. Penggunaan pembersih yang tidak sesuai
Ramai diantara kita yang tidak ambil peduli tentang sabun mandi yang dipakai. Ada sesetengah sabun atau pencuci badan yang memiliki buih yang banyak boleh menyebabkan kekeringan kulit kerana habis semua minyak pada kulit dan pelindung kulit ditanggalkan. Maka kulit mudah jadi kering dan tanpa lapisan pelindung dari bahaya jangkitan dan bakteria. Perlu pilih pembersih atau sabun badan yang bukan sahaja membersihkan malah mampu melembap dan memastikan kandungan air pada kulit stabil agar tidak kering dan sentiasa tegang.
CARA UNTUK ATASI MASALAH KULIT BADAN KERING MENGGUNAKAN PRODUK SKINCARE HALAL REHLA
1. Hydrating Facial Cleanser
Rehla merupakan produk penjagaan kulit halal yang berasaskan air, tidak memiliki bahan kimia yang berbahaya, tidak memiliki pewangi yang dapat merosakkan kulit dan memiliki sifat menghidrat, melembap, menyegar dan berkhasiat tinggi. Memiliki khasiat tinggi dari bahan-bahan semulajadi seperti enzim nenas (bromelain), minyak argan, minyak kelapa dara dan minyak biji bunga matahari yang halal khusus untuk membantu mengatasi masalah kulit kering, kusam dan lain-lain masalah kulit. Untuk atasi masalah kulit badan yang kering berikut saya ingin kongsikan barisan produk penjagaan kulit badan dari Rehla yang boleh membantu:
1. Ultra-Nourishing Shower Oil
Gantikan pembersih yang biasa anda guna kepada Ultra-Nourishing Shower Oil dari Rehla kerana:
- Ianya adalah selamat untuk digunakan. Ia tidak memilikin buih sabun untuk membersih akan tetapi ia mengandungi khasiat dari pelbagai jenis minyak seperti minyak kelapa, minyak biji bunga matahari dan minyak argan.
- Ianya bukan sahaja mampu untuk mencuci kulit malah untuk melembap, mematikan bakteria dan melindungi kulit dari jangkitan.
2. Nourishing Hand & Body Lotion
Produk ini bukan sekadar melembapkan. Kehadiran Bromelain juga sebagai anti-oksida dan anti-radang membantu mengurangkan keradangan kulit dan membantu menyembuhkan kulit yang ada masalah. Mengandungi kandungan Vitamin E yang tinggi dapat membantu melindungi kulit dari kerosakan dan membantu menganjalkan kulit. Ia juga mengandungi Sodium Hyaluronate membantu menghidrat kulit dan mengekalkan kelembapan kulit. Jadi anda boleh gunakan produk ini pada leher, dada, tangan, siku dan juga kaki. Malah anda boleh gunakan di mana sahaja bahagian kulit badan anda.
3. Deep moisturising Balm
Ada masalah kritikal kepada kulit seperti kering, berkedut, kaki kulit yang merekah serta kulit yang beruam dan merah-merah maka anda boleh gunakan produk ini untuk bantu anda atasi masalah tersebut. Produk ini sangat berkesan atasi kulit bermasalah kerana ia mengandungi Bromelain, minyak biji bunga matahari dan lemak koko. Kulit boleh kembali sihat, tegang dan licin. Bukan itu sahaja malah untuk penjagaan badan Rehla ada :
- Moisturising Shampoo – Untuk menyihat dan melembapkan rambut dan,
- Moisturising lip Balm – Untuk atasi masalah bibir kering dan mengelupas.
Untuk lihat lebih lagi tentang produk rawatan dan penjagaan kulit Rehla boleh klik terus ke https://www.rehlaglobal.com.
No Comments