11 Mar APA ITU PATCH TEST? PERLU KE SAYA BUAT?
Pernah tak korang tukar skincare baru pastu tetiba muka breakout or rasa pedih or panas? Itu tanda nya skincare baru tu maybe tak sesuai dengan korg. Sbb tu kita kene buat Patch test ni iaitu kita letak sikit skincare baru tu dekat beberapa bahagian tertentu.
Antara bahagian-bahagian yang sesuai untuk patch test adalah:
1. Pergelangan tangan
2. Bahagian dalam lengan
3. Dekat jawline atau bawah dagu
4. Bahagian leher
KENAPA NAK BUAT PATCH TEST?
Patch test ni sangat penting untuk semua orang terutama sekali bagi yang kulit sensitif dan acne prone. Dah lah kulit sensitif, tiba-tiba pula kulit rasa terbakar, auchhh!
Antara sebab-sebab kenapa kita buat patch test:
1. Untuk mengesan allergic – sapu pada bahagian telinga/dalam lengan/pergelangan tangan
2. Irritation – sapu pada bahagian jawline atau pipi
3. Clogged pores – tempat yang selalu naik blackhead/whitehead seperti bawah dagu
BERAPA LAMA NAK KENA TEST?
Sekurang-kurangnya 3-4 hari, depands kepada orang jugak sbb ada je orang 24 jam pakai dah nampak gejala tak sesuai ada pulak ambik masa 3-4 hari baru nampak, jadi kalau dah nampak kesan tak okey contoh merah-merah, naik jerawat kecil or gatal-gatal itu tandanya korg tak sesuai dengan skincare tu.
Tanda-tanda kulit tidak sesuai dengan produk tersebut adalah:
- Naik merah-merah kat kulit
- Naik jerawat
- Rasa panas atau pedih
- Kulit kering dan ketat
- Whitehead/blackhead semakin banyak
BANYAK MANA KENA LETAK UNTUK PATCH TEST?
Letak sikit sahaja, hujung-hujung jari je dan sapu nipis-nipis. Igt sapu satu-satu yea lepas 3-4 hari baru guna produk lain pulak. Baru lah kita tau mana satu Produk yang sesuai dań mana yang tak sesuai.
Lepas ni kalau beli je skincare baru apa kata korg cuba buat patch test ni dulu yea. Selamat mencuba!
Layari https://www.rehlaglobal.com untuk ketahui lebih lanjut berkenaan produk REHLA.
No Comments