Rehla Complete Skincare Umrah Haji | Sah Ihram

KENAPA KENA AMBIK VITAMIN? ELOK SANGAT KE VITAMIN UNTUK KULIT?

Yes! Vitamin saaaaangat baik untuk kulit kita. Sebab tu kita disarankan untuk ambik vitamin tau. Bukan saja-saja kena ambik tapi vitamin ni ada baaaanyak sangat kelebihan dia untuk kulit kita.

Apakah vitamin-vitamin yang diperlukan untuk kulit kita? Jom baca perkongsian di bawah!

Vitamin A

-Lapisan kulit kita sangat memerlukan vitamin A untuk menghalang cahaya matahari interupt process yang boleh breaks down the collagen.

-Tanpa vitamin A, kulit kita boleh jadi kering.

Vitamin B

– Membantu tona kulit menjadi lebih sekata.

– Menjadikan kulit lebih berseri dan menyeimbangkan minyak semula jadi.

– Vitamin B elok untuk kulit kering dan berjerawat.

Vitamin C

– Merupakan antioksidan yang kuat yang dapat melindungi kulit dari radikal bebas dan mengurangkan tahap menghidap kanser kulit.

– Vitamin C yang rendah boleh menyebabkan gusi berdarah dan melambatkan proses penyembuhan luka.

Vitamin D

– Juga dipanggil sebagai ‘sunshine vitamin’ kerana boleh dapatkan vitamin ini apabila terdedah dengan matahari pagi.

– Vitamin D juga boleh menjadi kaedah alternatif untuk merawat jerawat berulang yang kelihatan merah dan meradang.

Vitamin E

– Antioksidan dan anti-radang ini juga dapat membantu menyerap tenaga dari sinar UV, yang boleh merosakkan kulit dan menyebabkan keriput, kendur dan barah kulit.

– Ia berfungsi bersama vitamin C untuk menguatkan dinding sel.

Vitamin F

– Dianggap sebagai asid lemak penting omega-6, vitamin F adalah bahan penghidratan yang juga melindungi penghalang kulit dan mengekalkan kelembapan.

Haa, banyakkan sebenarnya kebaikan Vitamin kepada kulit kita ni? Jadi, gunalah skincare yang ada kesemua kandungan Vitamin yang baik ini untuk mengelakkan masalah terjadi kepada kulit anda yang cantik itu

No Comments

Post A Comment